Negara Tamu Kehormat Pesta Buku Antarabangsa. Bagaimana Mahu Menjadi Tamu Yang Efektif?

14523071_10154614619314533_5763772293519203065_n

Sudah menjadi trend bagi setiap pesta buku antarabangsa untuk mempunyai sebuah Negara Tamu Kehormat. Ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang wajib ada dalam sesebuah pesta buku atau bukan termaktub dalam undang-undang Pesta Buku tetapi ia hanyalah suatu trend pesta buku agar sesuatu pesta buku antarabangsa itu menjadi sebuah pesta buku yang bermakna dan berprestij.

Apa Dia Negara Tamu Kehormat sesebuah Pesta Buku? Apa kelebihan menjadi Negara Tamu Kehormat? Bagaimana Mahu Menjadi Sebuah Negara Tamu yang Efektif?

Pesta-pesta buku utama di dunia bermula dari Januari hingga November rata-ratanya memperkenalkan program Negara Tamu Kehormat. Antara pesta buku yang dikatakan berprestij ialah New Delhi World Book Fair (NDWBF), Taipei International Book Fair (TIBE), London Book Fair (LBF), Bologna Children Book Fair (BCBF), Book Expo America (BEA), Tokyo International Book Fair (TIBF), Beijing International Book Fair (BIBF), Frankfurt Book Fair (FBF), China Children Book Fair (CCBF) dan Sharjah International Book Fair (SIBF). Kesemua pesta-pesta buku ini mempunyai program Negara Tamu yang kuat dan kadangkala ia telah ditetapkan tiga hingga lima tahun ke hadapan!

Memetik semangat program Negara Tamu di Frankfurt Book Fair, program Negara Tamu FBFadalah bagi membantu industri penerbitan dan institusi budaya negara tamu untuk berangkaian lebih efektif di atas skala global dan membuat dunia kesusasteraan negara terbabit dikenali di seluruh dunia serta meningkatkan jumlah judul terjemahan dari negara tersebut.

Selain daripada pesta-pesta buku berprestij di atas, beberapa negara kecil lain mula mengikut rentak pesta-pesta buku di atas dengan turut memperkenalkan program Negara Tamu. Antara pesta buku yang turut ada program Negara Tamu ialah Riyadh International Book Fair (RIBF), Abu Dhabi International Book Fair (ADIBF), Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF) (nota: Malaysia tiada program Negara Tamu yang teratur dan bersifat adhoc dan ada negara menjadi Negara Tamu berkali-kali saban tahun) dan Indonesia International Book Fair (IIBF).

Malaysia pernah menjadi Negara Tamu di beberapa pesta buku seperti di Tokyo International Book Fair (2014), China Children Book Fair (2014), Indonesia International Book Fair (2016) dan tidak lama lagi di Riyadh International Book Fair (2017). Malaysia juga pernah menjadi Negara Tamu di Asian Festival Children Content (AFCC) di Singapura pada tahun 2013.

Sebenarnya tidak ada kriteria khas untuk memilih Negara Tamu Khas bagi sesebuah pesta buku. Kebanyakan pesta buku memilih Negara Tamu hanya sekadar kerana hubungan yang baik kedua-dua negara. Namun begitu kebanyakan pesta-pesta buku seluruh dunia, termasuklah FBF, bahawa pemilihan Negara Tamu Kehormat banyak dipengaruhi oleh faktor ekonomi, sama ada bakal Negara Tamu itu mempunyai industri buku yang kuat atau Negara Tamu itu mampu membayar sejumlah wang yang telah ditentukan oleh negera hos sebagai yuran Negara Tamu.

Jika sesebuah negara itu terpilih kerana sebab yang kedua iaitu perlukan pembayaran yuran, negara tersebiut mestilah bersedia untuk membayar sejumlah wang yang besar dan juga sedia untuk bersiap dengan serius agar pelaburan tidak sia-sia. ia bukan sesuatu yang buruk tetapi perancangan yang amat teliti perlu dan bersepadu bagi keseluruhan industri kontens di negara terbabit.

Antara manfaat-manfaat yang boleh diperoleh oleh Negara Tamu atau yang perlu dimanfaati oleh Negara Tamu ialah mengukuhkan program penterjemahan ke bahasa antarabangsa, memacu dagangan hak cipta dan perlesenan, membantu penerbit-penerbit negara tersebut mengembangkan rangkaian antarabangsa mereka walaupun beberapa tahun selepas program itu berakhir.

Selain itu, industri kontens dan kesusasteraan negera tersebut juga mendapat perhatian negara pesta dan juga negara-negara lain yang turut menghadiri pesta buku tersebut. Semakin besar pesta buku itu, contohnya seperti Frankfurt Book Fair, semakin besar impak yang akan diperoleh oleh negara tamu tersebut. Ia dipacu oleh promosi khas budaya dan kesusateraan serta perhatian yang diberikan kepada negara tamu yang biasanya membawa kesusasteraan, kontens dan budaya negara mereka.

Bagi orang ramai tempatan pula, kehadiran Negara Tamu membolehkan mereka mengenali dan menghayati kesusasteraan dan budaya negara terbabit serta memercikkan minat yang lebih meluas sama ada di bidang politik, sejarah dan isu-isu semasa berkenaan negara tamu tersebut. ia akan mengukuhkan perhubungan budaya, menggalakkan pertukaran budaya dan dialog serta meningkatkan potensi pelancongan.

Media-media negara di mana pesta buku itu berlangsung juga mendedahkan hal-hal berkaitan negara terbabit dan secara tidak langsung memberi kredit berita dan liputan media yang penting kepada negara tamu.

Namun begitu banyak pesta-pesta buku tidak begitu serius dalam menjalankan program Negara Tamu Kehormat dan keputusan hanya dibuat beberapa bulan sebelum pesta berlangsung dan ini menyebabkan Negara Tamu yang terpilih tidak bersedia dengan baik dan akhirnya kehadiran mereka hanya sekadar kehadiran beberapa VIP dan lain-lainnya hanya memenuhi jadual pesta buku tersebut.

Bagaimana mahu memaksimumkan peluang ketika negara kita menjadi Negara Tamu Kehormat di sesebuah pesta buku?

  • Sediakan senarai penting buku-buku utama negara kita serta buku baru yang ada potensi antarabangsa untuk kita jaja sebagai senarai utama buku-buku Malaysia. Sebaik-baiknya keputusan menjadi Negara Tamu Kehirmat dibuat kira-kira 3 tahun lebih awal agar buku-buku Malaysia telah siap diterjemah ke bahasa tempatan tempat di mana pesta buku berlangsung (contoh: Bahasa Jerman untuk FBF atau Bahasa Jepun untuk TIBF)
  • Mengadakan pameran buku khas tentang “Malaysiana” – negara hos sepatutnya memberi ruang pameran khas (pavilion) bagi mempamerkan karya-karya hebat Negara Tamu Kehormat. Lebih baik jika buku-buku yang dipamerkan di Pavilion khas ini terdiri daripada judul-judul Malaysia yang telah diterjemah ke bahasa tempatan agar orang ramai terasa lebih dekat dan memberi impak yang lebih kuat.
  • Beberapa siri acara khas di seluruh bandar negara hos, kira-kira seminggu sebelum pesta berlangsung. Penganjuran ini haruskah diselaraskan dengan beberapa kementerian seperti Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, Matrade serta Kementeri Pendidikan Malaysia. Acara sampingan sebegini memberi impak yang besar kepada msyarakat setempat.
  • Persembahan yang hebat dan bermakna besar oleh pasukan Negara Tamu Kehormat ketika acara pembukaan pesta buku tersebut kerana pada waktu itulah media-media antarabangsa hadir dan ia merupakan acara perhubungan raya (PR) yang paling bermakna.
  • Negara Tamu Kehormat harus mencipta slogan yang kuat serta logo yang mudah diingati. Logo inilah yang akan mearnai setiap sudut bandar di negara hos tersebut. Negara juga harus menyiapkan seberapa banyak katalog, poster, barang-barang premium, cenderahati sama ada gratis atau dijual. Program-program Negara Tamu Kehormat juga perlulah dipromosikan secara besar-besaran oleh negara hos sama ada di media tempatan, laman web pesta buku itu atau poster dan bunting di tempat-tempat strategik di sekitar bandar tersebut.

Adalah diharapkan penyertaan kita menjadi Negara Tamu itu menjadi lebih berarti dan bukannya nanti menjadi persembahan majlis jangka pendek tetapi tidak berupaya memberi impak jangka panjang dalam mengantarabangsakan karya-karya negara ini.

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s